Paradoks teletransportasi

Paradoks teletransportasi atau paradoks telepengangkutan (juga dikenali dalam bentuk alternatif sebagai paradoks pendua) ialah percubaan pemikiran tentang falsafah identiti yang mencabar norma pemikiran biasa tentang sifat diri dan kesedaran, yang dirumuskan oleh Derek Parfit dalam bukunya Reasons and Persons yang diterbitkan pada tahun 1984.[1]Penulis fiksyen sains Poland Stanisław Lem pernah menggambarkan masalah yang sama pada pertengahan abad kedua puluh. Dia menulisnya dalam karya falsafahnya "Dialogs", pada tahun 1957. Begitu juga, dalam Star Diaries, karya penulisan Lem ("Fourteenth Voyage") pada tahun 1957, yang mengenai seorang wira yang melawat sebuah planet dan mendapati dirinya telah dicipta semula daripada rekod sandaran, selepas kematiannya akibat serangan meteorit. "Penciptaan semula berdasarkan salinan" tersebut merupakan prosedur yang sangat biasa di planet yang dilawatinya.Persoalan identiti yang sama telah dibangkitkan seawal tahun 1775.I would be glad to know your Lordship's opinion whether when my brain has lost its original structure, and when some hundred years after the same materials are fabricated so curiously as to become an intelligent being, whether, I say that being will be me; or, if, two or three such beings should be formed out of my brain; whether they will all be me, and consequently one and the same intelligent being.